Tuesday, June 11, 2013

Amalan Sebelum Bersalin


Assalammualaikum......


Sejak kebelakangan nie SS kerap jugak mengalami BH yang sangat sakit. tapi alhamdulillah tak ada apa yang serious pown. Bila dah sapu minyak okay dah...Just need extra rest time sahaja. Kalau dihitungkan hari, SS hanya tinggal lagi 7 minggu jer nak delived baby. Sebab kalau ikutkan minggu yang matang bagi seseorang ibu ialah 40 minggu. Namun jika seseorang ibu melahirkan bayinya pada usia 36 minggu keatas, itu dah dikategori juga kepada bayi matang. Tapi kalau kurang 36 minggu itu bayi pra-matang.

Masa SS tengah membaca beberapa artikal tetiba SS terjumpa 1 artikal dalam Facebook berkaitan amalan ibu-ibu mengandung ketika tarikh duedate hampir tiba. So ia 1 artikal yang cukup berguna untuk SS dan mungkin berguna dan membantu anda jugak. Jom SS nak kongsikan bersama dengan anda semua :) Hope sangat ia membantu


1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2. Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4. Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6. Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" 

     berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya 

     bersih je)

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua 

      tapak kaki ke arah vagina.

12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk 

      elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang


Insyaallah SS nak cuba amalkan. Tapi buat masa sekarang nie SS amalkan menyapu minyak VCO di vigina SS. Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan....amin...



No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels