Thursday, February 22, 2018

Kempen Real Kids Real Foods | Kesedaran Pemakanan Anak Anak


Hello Mummies...

Sekarang nie actually saya baru ja start buat Kempen Real Food For Kids untuk anak anak saya dan juga untuk family saya sendiri..Apa sebenarnya kempen #realkidsrealfood nie??

Kempen nie adalah untuk memberikan kesedaran kepada ibubapa terhadap pemakanan yang betul untuk anak anak. Seriously sebelum nie memang tak pernah sedar pun apa makanan yang saya berikan pada anak anak saya termasuk sekali dengan suami saya. Bila saya jooin team #realfoodrealkids nie ya Allah banyak benda yang saya belajar dan sekarang nie saya tengah mulakan kempen untuk anak saya Muhammad Zarif Zakwan untuk cuba makan makanan yang berkhasiat.


Sebenarnya anak saya yang sulung nie adalah seorang yang sangat PICKY EATER...dia memang sangat sangat memilih makanan yang dia nak makan. Kena be to proper untuk penyediaan makanan, kalau tak sedap memang dia tak akan makan, klu ada sayur dia akan ludah balik makanan tu dan marah sebab kenapa letakka sayur. Bagi dia sayur tu tak sedap. Bayangkanlah jika anak anak kita tak makan sayur, tak makan buah macam mana kita sebagai ibu bapa nak pastikan anak anak kita dapat bekalan yang sebetul dan secukupnya??

Sebab itu dah 2 minggu saya join team RKRF nie..alhamdulillah nampak perubahan.. Di tadika memang cikgu akan bekalkan makanan, tapi kalau ampa nak tau, tak semua makanan yang disediakan Abang zarif akan makan. NOPE dia tak akan makan. So dengan adanya projek bento yang saya buatkan untuk abang zarif sedikit sebanyak nampak perubahan dari segi pemakanan dia.

Untuk minggu pertama saya test untuk buat Bento Roti Sandwish berbentuk..Jadi jugaklah walaupun acuan yang saya dah order tu belum sampai. Maka saya dengan kreatifnya memotong roti roti menjadi bentuk Dinasour seperti yang Anak saya suka..agak cacat tapi inilah antara penyebab anak anak akan suka makan sebab ia sangat menarik perhatian mereka.






 Selain tu juga, bestnya dapat join Group tu, kita boleh belajar cara buat resipi homemade untuk menu anak anak. Nowdays banyak sangat makanan yang tak berapa nak sihat. So ibu ibu kena ada alternatif untuk belajar dan memperbagaikan menu untuk anak anak cuba.Antara menu yang saya dah try buat dan menjadi ialah Bread Omellete with Cheese , Chicken nugget with cheese. sedap dan sangat berkhasiat...

Memandangkan anak anak saya memang jenis tak makan sayur, so saya mix dan blendkan semua bahan-bahan tu..Yeah guest what...depa makan......sedapp pulak tu...inilah positif feedback yang dapat sejak join kempen RKRF..nak tahu lebih lanjut.. Boleh ja Follow FB saya tau Surianie Samsudin


#zarifzakwanfoodjouney





No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels