Wednesday, September 30, 2015

Mengira pergerakan Bayi | Kehamilan

 Assalammualaikum & Hello ibu ibu yang comey,


Minggu nie saya dah pun masuk ke alam 29 minggu usia kehamilan. Kali nie teruja sikit sebab dah boleh nampak jantina baby tu aper. Tapi saya still nak rahsiakan sebab kali nak buat feeling feeling retis gitew..hgahahhah....Okaylah Entry kali nie saya bukan nak cerita pasal usia 29 minggu ni. Tapi nak kongsikan dengan bakal-bakal ibu cara cara untuk mengira pergerakan bayi dan sebab- sebab kenapa si ibu kena buat macam tue..PENTING TAU!!!!!


Bagi ibu ibu yang pertama kali hamil, mungkin tak akan tahu sangat kepentingan kiraan pergerakan bayi nie. So kena ambil kisah nie sebab penting sangat. Masa saya 1st pregnant pun tak tau sangat. tapi bila 2nd nie baru ambil port.


KENAPA PERGERAKAN BAYI PENTING

Mengira pergerakan bayi memang penting kerana ini bertujuan untuk memastikan si ibu peka terhadap pergerakaan bayi sama ada pergerakan itu normal atau tidak. Jika bayi anda tidak bergerak dalam tempoh tempoh yang tertentu ia mungkin menandakan bayi anda tidak sihat atau mengalami masalah. Antaranya ialah

  1. ELAKKAN BAYI LEMAS
  2. ELAKKAN BAYI TERLILIT TALI PUSAT
  3. ELAKKAN BAYI 
  4. UNTUK MEMASTIKAN BAYI ADA SIHAT


BILA PERGERAKAN BAYI PERLU DIKIRA

Si ibu boleh mula mengira pergerakkan bayi apabila kandungan sudah mencecah usia 29 minggu. pihak klinik  @ hospital akan menyediakan borang khas dan anda perlu mengira 10 kali pergerakkan dalam masa 1 hari. Sekiranya bayi anda tidak merasai 10 kali pergerakan dalam masa 12 jam. SEGERA KE HOSPITAL untuk pemeriksaan lanjut.


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGIRA PERGERAKAN BAYI
Almaklumlah dah hampir 2 tahun tak hamil so dah lupa cara-cara nak mengira pergerakan bayi. So masa check up saya tanya pasa nurse cam mana cara nak tahu atau rasai pergerakan bayi??
Nurse tu pun terangkan pada saya :

  • apabila terasa bayi menendang
  • bayi berpusing
  • bayi membuat sebarang pergerakan sehingga si ibu dapat merasainya
setiap pergerakan ini mestilah berlaku satu persatu...seperti contoh pada jam 9.05pagi bayi membuat 1 pergerakan menendang =  1 pergerakan. 

Jika bayi tersebut berpusing dalam tempoh yang lama - maksudnya dalam tempoh beberapa saat pergerakan itu tidak berhenti dan selepas itu baru berhenti   = 1 pergerakan

kemudian selepas bayi berhenti dan bergerak semula = 1 pergerakan



Sekiranya anda tak tahu cara nak mengira, boleh rujuk terus dengan klinik untuk mengetahui dan memahami cara lebih lanjut. So good luck buat semua ibu-ibu diluar sana yer...









No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels