Tuesday, August 9, 2016

Birthday Bajet RM400 | Happy birthday Zarif Zakwan yang ke 3


Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah last week iaitu hari sabtu lepas selesai sudah majlis kecil kecil semperna menyambut hari lahir anak sulung SS iaitu Muhammad Zarif Zakwan yang ke 3...Kali nie SS memang buat secara kecil kecilan ja tak panggil ramai hanya keluarga terdekat dan kenalan terdekat sahaja. Yang paling best alhamdulillah syukur makanan semua habis...SOLD OUT.....tak membazir macam tahun tahun sebelum nie....Kali nie SS buat denga bajet yang cukup murah...hanya berbekalkan bajet RM400 sahaja...jom SS nak shring sikit


MENU

Ikutkan tak mau buat besday zarif tahun nie sebab dah lepas.actual date dia 20 Julai..So SS punya bincang dengan suami dan suami pun bagi green light. Apa lagi SS pun melakukan tugasan perancang majlis...hahah...First thing ialah SS create card jemputan dan list nama..Lepas kira kira adalah dalam 80 orang jemputan...Dan dari situ SS pilih dan buat menu untuk 50 jemputan sahaja dengan pelbagai jenis menu...antara menu yang SS pilih kali nie ialah :


  • MEE KARI AYAM
  • NASI GORENG CINA
  • HOT DOG
  • SANDWISH - dapat sponser 
  • NASI IMPIT KUAH KACANG
  • AGAR AGAR
  • AIR
Dan SS pilih untuk masak sendiri ja...nasib ada Biras SS yang sudi datang untuk tolong masak mee kari sebab dia memang expert masak. SS pun beli ja barang dan bagi dia masak...ramai yang cakap sedap...tapi sorry tak sempat lansung nak snap picture makanan...

untuk makanan peruntukan yang SS buat ialah : RM176.00


DEKORASI

Untuk tema besday kali nie, SS pilih dinasour sebab Zarif memang so finatik dengan dinasour terutama sekali TREX....mungkin sebab TREX tu nampak garang dan sebab tu dia memang suka..klu nak beli mainan dia mesti akan cari TREX dulu berbanding dinasour yang lain. Bila dah set semua tu, SS pilih tema warna Hijau Biru dan Orange....Dan deko pun SS tak buat heavy sangat hanya belon dan dekorasi meja potong kek ja...








Peruntukan DEKORASI RM53.00



GOODIES

Bab goodies memang antara benda yang SS paling teliti nak buat.sebab nak cari something yang budak budak suka...Mulanya nak letak ja dalam beg plastik bodoh bodoh ... sampailah SS p sendiri kat MR.DIY dan jumpa box goodies yang comey dengan harga yang berpatutan..So apa lagi SS pun ambil dan isi ja..kali pun isi dalam goodies tu SS tak letak banyak sebab tak mau pembaziran...just ada keropok, sumi , sweet dan mainan dinasour.
TOTAL GOODIES : RM47






Kali nie special sikit, sebab Zarif sendiri yang packing goodies besday dia...Dia sendiri yang tawarkan diri nak buat..So SS bagi ja dia buat...







BAJU BIRTHDAY BOY

kali nie SS memang bersungguh nak jugak jugak buat t-shirt untuk besday zarif nie, mulanya dah cari baju kat FOS dah dapat pun design tapi sedih sebab size dah habis..sampailah 1 day SS jumpa dan dah buat byran pun ad agent printed baju...tapi apakan daya nasib tak menyebelahi dan agent tu terpaksa pulangkan duit sebab masalah yang tak dapat dielakkan. Lastly SS buat customade baju t-shirt dekat TIME SQUARE PENANG...Tapi bukan saja buat untuk zarif..buat sekali untuk si adik
Baju nie pun cost : RM74




KEK BIRTHDAY

Memang betul pun si Zarif nie memang murah rezeki sejak SS bersalin, memang dia sangat murah rezeki, mudah ja dapat macam macam...Kali nie Besday kek dia pun dapat tajaan uolls.. Tq kak ita iaitu kakak no.2 saya yang sudi sponser kek yang sedap..cantik dan zarif memang suka...1st time habis kek dia....memang sedap....uolls boleh order dengan akak yang buat kek nie...so rekemen uolls....Kali nie SS lupa nak ambil gamabr zarif seorang bersama kek sebab dah kalut sangat. Hanya dapat picture 1 family ja






Lepas semua dah balik. macam biasa sesi membuka hadiah..alhamdulillah semua hadiah yang Zarif dapat adalah mainan favourite dia...Punya syok dia....kalau set dinasour tu dalam 6 set...Trex dapat 1 yang besar, remote control, set contractor, buku , baju dan juga duit..Terima kasih buat semua yang mai dan meriahkan besday Zarif...










Kali nie memang buat persiapa mengejut dalam masa 3 minggu ja...kalu kira kira balik seua tak lebih rm400..Kalau kira persiapan lain RM50.TOTAL MAJLIS KALI NIE RM400 SAHAJA...murah jimat dan berbaloi....ALhamdulillah...semua makanan pun tak ada yang membazir habis malam tu jugak...So Bulan November besday 1st tahun si zill pulak...Nak kena planing awai nak buat untuk dia..Mana aci kan kalau kat abang ada 1st birthday tapi adik tak ada...Insyaallah mudahan ada rezeki lebih yer Zill..



No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels